MUQADIMMAH
Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh, kami pelajar asasi dari Universiti Sultan Azlan Shah ingin memberi kesedaran kepada para remaja di seluruh dunia untuk saling menjaga lidah dan tingkah laku apabila memulakan perbualan antara kawan atau kepada orang luar.
Kami memilih tajuk ini kerana isu ini merupakan satu isu yang hangat dan sangat popular pada masa ini. Sebahagian daripada golongan orang tua termasuk golongan dewasa dan remaja tidak menitikberatkan untuk menjaga percakapan dan tingkah laku. Jadi kami jadikan Blog ini untuk menceritakan secara mudah tentang menjaga lidah dan tingkah laku dan menutup aurat dengan sempurna supaya semua masyarakat tidak memandang remeh tentang isu ini .
Epilog Perjalanan Hamba Menuju FirdaUsi
Pesanan ini menekankan tentang kepentingan manusia menjaga tutur katanya supaya tidak mengucapkan sesuatu yang buruk dan menyakiti hati orang lain, kerana tutur kata yang tidak baik akan membawa kepada krisis lain yang boleh menimbulkan permusuhan, kekacauan dan ada kalanya membawa kepada pertumpahan darah dan melibatkan nyawa manusia sendiri.
APA ITU MENJAGA LIDAH DAN TINGKAH LAKU
Betapa sukarnya memelihara lidah. Sama sukarnya menjaga tingkahlaku. Dua perkara penting yang diingatkan junjungan Nabi SAW iaitu menjaga serta memelihara lidah dan tingkah laku. Lidah termasuk nikmat Allah yang sangat besar kerana kebaikan diucapkannya akan melahirkan manfaat, yang buruk mendatangkan kesan berpanjangan.
Menjaga lidah dan tingkah laku tidak mengucapkan hal yang buruk dan menyakiti hati saudara seagama kerana bertutur sembarangan tanpa berfikir kesannya akan membawa kepada permusuhan, kekacauan bahkan boleh menjurus kepada pertumpahan darah.
Pada saat pengaruh kehidupan bersendi kebendaan didapati manusia semakin boros mengeluarkan kata-kata sehingga ada yang terlupa mempertahankan sifat santun dan adab dalam menuturkannya hingga menyakitkan hati pendengarnya.
Harus diakui manusia memang berbeza pandangan, pendirian dan bebas membuat penafsiran terhadap sesuatu yang dirasakan benar baginya tetapi ketika yang sama, manusia diberi akal dan iman untuk mempertimbangkan ilmu secara beradab.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Barang siapa mampu menjaga apa yang ada antara dua janggut dan apa yang ada di antara dua kaki, maka aku jamin dia masuk syurga". (Hadis riwayat Sahl bin Sa’ad)
Jangan biarkan lidah itu lebih cepat daripada akal dalam menuturkan kata-kata. Apalagi apabila akal gagal mengawal tutur katanya menyebabkan apa yang terkeluar itu menjadi zarah amarah dan dendam bersalut nafsu semata-mata. Bahaya lidah sebenarnya amat bisa dan tajam.
HUKUM TIDAK MENJAGA LIDAH DAN TINGKAH LAKU
- Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW pernah ditanya berkaitan sebab kebanyakan orang dimasukkan ke dalam Syurga. Baginda SAW menjawab:
Soalan: Apakah benar terdapat hadith yang mengatakan bahawa kebanyakan penghuni neraka adalah orang yang tidak menjaga mulut atau lidahnya?
Jawapan: Bagi menjawab persoalan di atas, sememangnya terdapat hadith yang menceritakan berkaitan kebanyakan penghuni neraka adalah orang-orang yang tidak menjaga mulut atau lidahnya ketika hidup di dunia. Antara hadith yang menceritakan berkaitan hal tersebut adalah:
KESAN TIDAK MENJAGA LIDAH DAN TINGKAH LAKU
BATAS – BATAS AURAT DALAM ISLAM
Penjagaan Aurat Menurut Islam
Aurat (عورة) ialah perkataan Islam yang merujuk kepada bahagian badan, sama ada lelaki atau perempuan, yang tidak boleh dibuka atau dipamerkan. Dengan kata lain, bahagian tubuh yang wajib ditutup dan disembunyikan daripada individu bukan mahram. Selain itu, aurat ialah bahagian yang menjadi aib pada tubuh badan yang wajib ditutup dan haram dilihat oleh orang lain. Aurat berasal daripada perkataan Arab, “ عورة” yang bermaksud keaiban.
Menurut istilah fiqh, aurat ialah bahagian tubuh badan yang wajib ditutup dan dilindungi daripada pandangan. Ia sesuatu anggota badan yang wajib ditutup dan disembunyikan dan haram orang bukan mahram melihatnya. Menutup aurat adalah wajib ke atas setiap Muslim, tidak kira lelaki atau perempuan. Kewajipan menutup aurat ini berdasarkan kepada dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadis.
Hukum menutup aurat adalah wajib tidak kira bagi lelaki atau perempuan.
Sebenarnya, terdapat banyak dalil tentang kewajipan menjaga aurat bagi wanita. Aurat adalah kehormatan diri bagi seseorang yang wajib dijaga dan dipelihara sepanjang masa. Menjadi satu kewajipan bagi seorang umat Islam menutup auratnya dalam apa jua keadaan. Terdapat beberapa keadaan dalam Islam di mana masyarakat Islam dibenarkan membuka aurat, tetapi hanya untuk orang tertentu sahaja.
Syariat Menutup Aurat
Dalam Al-Quran
Kewajipan menutup aurat telah disebut oleh Allah Ta’ala di dalam al-Quran di beberapa tempat. Antaranya, Allah Ta’ala berfirman :
Dalam Surah al-A’raf (26)
يَـٰبَنِىٓ ءَادَمَ قَدْ أَنزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًۭا يُوَٰرِى سَوْءَٰتِكُمْ وَرِيشًۭا ۖ وَلِبَاسُ ٱلتَّقْوَىٰ ذَٰلِكَ خَيْرٌۭ ۚ ذَٰلِكَ مِنْ ءَايَـٰتِ ٱللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ ٢٦
Maksud : Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).
Dalam Surah al-Ahzaab (59)
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّبِىُّ قُل لِّأَزْوَٰجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَآءِ ٱلْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَـٰبِيبِهِنَّ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰٓ أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ ۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورًۭا رَّحِيمًۭا ٥٩
Maksud : Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Dalam Surah an-Nuur (31)
وَقُل لِّلْمُؤْمِنَـٰتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَـٰرِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ ءَابَآئِهِنَّ أَوْ ءَابَآءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَآئِهِنَّ أَوْ أَبْنَآءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَٰنِهِنَّ أَوْ بَنِىٓ إِخْوَٰنِهِنَّ أَوْ بَنِىٓ أَخَوَٰتِهِنَّ أَوْ نِسَآئِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَـٰنُهُنَّ أَوِ ٱلتَّـٰبِعِينَ غَيْرِ أُو۟لِى ٱلْإِرْبَةِ مِنَ ٱلرِّجَالِ أَوِ ٱلطِّفْلِ ٱلَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا۟ عَلَىٰ عَوْرَٰتِ ٱلنِّسَآءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوٓا۟ إِلَى ٱللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ ٱلْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ٣١
Maksud : Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak- anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang
aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
Hal ini merupakan perintah kepada hambaNya untuk menutup aurat tidak kira lelaki mahupun perempuan supaya dapat memelihara kehormatan mereka. Menutup aurat bukanlah semata-mata tidak menampakkan anggota badan kecuali muka dan tapak tangan, tetapi syariat Islam telah menetapkan beberapa syarat pada pakaian wanita Muslimah. Setiap syarat ini perlu dipatuhi supaya ianya memenuhi maksud menutup aurat itu sendiri. Jika salah satu syarat ini tidak dilaksanakan oleh seseorang wanita itu, maka ia tidak dikira sebagai menutup aurat.
Oleh itu, umat Islam mestilah menyahut seruan Allah ini kerana ia merupakan tanda keimanan, kehambaan serta kepatuhan kepadaNya.
Berikut merupakan video mengenai "Menjaga aurat dengan sempurna":
Syariat Menutup Aurat Dalam Hadis
Terdapat beberapa dalil dari hadis tentang perintah untuk menutup aurat. Antaranya adalah:
¾ Sabda Rasulullah SAW: “Orang lelaki tidak boleh memandang kepada aurat lelaki dan perempuan tidak boleh melihat kepada aurat orang perempuan. Tidak boleh dua orang lelaki berada (tidur) dalam satu selimut tanpa pakaian dan begitu juga dengan wanita, mereka dilarang berbuat demikian.” (Riwayat Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)
¾ Hadis kedua yang bermaksud “Tutuplah auratmu kecuali dari istrimu atau budak perempuanmu . ( HR. At-Tirmidzi).
Selain itu, hadis ketiga yang diriwayatkan Abu Dawudadalah Hadits Riwayat Abu Daw artinya, "Wahai Asma’, sesungguhnya seorang wanita, apabila telah baligh (mengalami haid), tidak layak tampak dari tubuhnya kecuali ini dan ini (seraya menunjuk muka dan telapak tangannya)." (HR Abu Dawud).
Jelaslah bahawa, menutup aurat diwajibkan ke atas semua umat Islam terutamanya wanita, kerana di akhir zaman ini wanita adalah fitnah yang utama. Dengan memakai pakaian yang menutup aurat, seseorang wanita telah menunjukkan harga diri sebenar seorang wanita dan sekaligus menghindari perbuatan tidak senonoh di kalangan para lelaki terhadap wanita.
Wanita yang menutup aurat dan berpegang teguh dengan ajaran islam akan mendapat keredhaan Allah S.W.T dan lelaki akan memandang mereka dengan penuh rasa hormat dan memberi penghormatan yang tinggi bersesuaian dengan sifat mereka yang pemalu dan bersopan santun. Oleh itu, mereka mestilah menjaga dan menutup aurat dengan sempurna di alam nyata dan juga alam maya.
Bagi lelaki, aurat yang wajib ditutup ialah kawasan di antara pusat dan lutut.
· Tidak terlalu nipis dan ketat hingga menampakkan bentuk tubuh badan.
· Menutup aurat antara pusat ke lutut.
· Pakaian tidak menyerupai perempuan.
· Tidak memakai pakaian dan perhiasan daripada sutera dan emas
99 Aurat perempuan pula meliputi seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.
· Menampakkan muka sahaja
· Melabuhkan tudung menutupi dada
· Menutup hingga ke pergelangan tangan
· Pakaian tebal,longgar dan tidak menyerupai lelaki
· Menutup kaki
Kesimpulan
Kesimpulannya, agama Islam sangat menjaga maruah dan martabat umatnya dalam pelbagai aspek politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Panduan yang diajar oleh agama Islam di dalam Al-Quran dan Sunnah hendaklah dijadikan sebagai kayu pengukur dan garis panduan dalam kehidupan seharian. Justeru, sebagai umat Islam haruslah mengambil berat tentang penjagaan aurat mengambil berat bagi menghindari perkara buruk yang tidak diingini berlaku. Hal ini kerana menjadi sumber pahala atau dosa kepada umat Islam sekiranya benda baik atau sebaliknya mejadi ikutan masyarakat umum. Islam bukanlah agama yang tidak membenarkan umatnya mengikut perkembangan zaman tetapi ia hendaklah sejajar mengikut tuntutan syarak dan menjaga segala perkara yang dilarang oleh agama. Pendek kata, penggunaan media sosial hendaklah berlandaskan prinsip Islam seperti menjaga tuntutan menutup aurat yang sempurna kerana Allah SWT maha berkuasa ke atas semua makhluknya dan berkuasa ke atas segala sesuatu perbuatan yang manusia lakukan.
RUJUKAN
1) https://www.ikim.gov.my/index.php/2000/01/21/menjaga-lidah-dan-tingkah-laku/
2) https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2016/02/125893/mudarat-tak-pandai-jaga-lidah
3) https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/3435-irsyad-al-hadith-siri-ke-374-mulut-punca-ke-neraka
4) https://detikperubahan.wordpress.com/2012/02/20/berhati-hati-dengan-lidah-waspada-dengan-tingkah-laku/
5) https://akumuslim.asia/aurat-lelaki-dan-aurat-perempuan-dalam-islam/
6) https://ms.wikipedia.org/wiki/Aurat
7) https://quran.com/24/31?translations=33


alhamdulillah dpt ilmu yang sangat bermanfaat
ReplyDeleteSyukran atas perkongsian, sama sama kita memperbaiki diri ❤️
ReplyDelete